Haha.. aku da umur 23 tapi masi belum lagi ada lesen. Ni da start ambik lesen. Selasa ni da nak ambik ujian berkomputer.... Masa kursus aritu, aku tetiba menjadi perhatian gara2 aku satu2nya sabahan kat dalam bilik tu. Sorang budak lelaki tu, muka macam Zoey tanya kat aku, aku gi terengganu naik feri ke? Berapa hari baru sampai ke Terengganu? Kenapa aku sanggup ke terengganu gara2 nak ambik lesen je? Kat sabah takde ke tempat untuk ambik lesen? (Sah2 tak pernah kenal airasia ni... bisik hatiku)
haha... aku tergelak dengan pertanyaan budak tu. masi muda lagi. Lingkungan 16 atau 17 tahun. Banyak cakap la. Ngam dengan aku. Dia kata aku ni first sabahan yang dia jumpa. Dia da lama nak berkawan dengan sabahan. Dia minta nombor aku. Pada mulanya macam tak nak je bagi, yelah baru kenalkan... tapi tengok kesungguhan dia, aku bagi jelah...
Tapi masa kursus tu, seorang 'cikgu' agak 'kewilayahan' dan kurang kredibiliti untuk menjadi pengajar kursus. Dia asyik menimbulkan ucapan2 yang agak menjatuhkan sabahan. Tapi memandangkan aku da berjaya menjadi cool, aku tak 'sound' pak cik tu. Ditambah lagi dengan kesejukan bilik, Ermm.. kalau aku rakam ucapan tu, then siarkan kat youtube, gerenti dipecat pakcik tu..haha.. Sabar ali.... cool~
Masa rehat, budak tu belanja aku makan. Entahlah, baik sungguh budak tu. Aku ni memang susah nak tolak bab makanan free ni. Haha.. After kursus, budak tu sempat bagi isyarat tangan, kalau free, telefon dia. Haha... macam aweks la pula~.. tapi aku think positive, budak tu masi muda lagi so, semangat persahabatan masih sangat kuat tidak seperti orang dewasa yang asyik bergaduh2 jek... rimas aku dibuatnya... ;)
Saturday, 26 December 2009
Selasa ni ujian KPP
Labels: Aktiviti
Posted by ALI XY at 22:10 0 comments Links to this post
Friday, 25 December 2009
Busy mood
Sangat Busy
busy gile2
Labels: Aktiviti
Posted by ALI XY at 23:20 2 comments Links to this post
Monday, 21 December 2009
Mohd John Albani is my brother

Ini adik aku. Lahir selepas aku. Nama dia Mohd John Albani. Dia seorang yang sangat cerewet dan jauh berbeza berbanding aku. Kalau dirumah, dia yang 'ditakuti' oleh adik perempuan ku yang lain. Aku merupakan abang paling baik dan sporting dalam dunia ni. Masakan tidak, walaupun aku abang paling tua, adik2 lebih gemar mengadu dan buang tabiat kat aku. Aku ni layan je gelagat adik2 ku... kadang2 aku join mereka bermain hingga aku lupa yang aku sebenarnya bukan lagi kanak2..haha
(Mohd John: 2 dari kiri)
Adik aku ni cerewet dalam pelbagai perkara... Makanan, minuman, amalan agama dan banyak lagi. Dia ni tak boleh makan ikan bertulang... mesti isi ikan je yang ada kat pinggannya... Dia tak boleh nampak ada sedikitpun kesan kotor... Dia tak akan makan makanan yang dibeli dikedai yang ramai pelanggan bukan islam walaupun kedai tu jual makanan halal. Dia tak akan makan makanan yang dimasak oleh orang bukan islam, walaupun auntie aku (bukan islam) masak guna kuali dapur rumah kami... Dia pantang nampak adik pompuan aku pakai seksi2 walaupun didalam rumah... perkataan klisenya adalah "Haram!"... Yang peliknya, kalu aku kat rumah, adik pompuan aku buat tak kisah je... sempat lagi mereka minta aku bagi komen penampilan mereka samada cantik atau tidak... bukannya tanya samada pakaian tu menjolok mata atau tidak... Kalau berada dibandar, jalan ngan kawan2, adik perempuan aku selalunya akan berwaspada kalau2 terserempak adik lelaki aku.
(Mohd John: 1 dari kanan)
Adik lelaki aku ni seorang yang lasak... sebab tulah badannya fit ala2 atlet walaupun boleh dikatakan 24 jam berada dimasjid.. Balik rumah hanya untuk tukar pakaian je. Dia ni tinggi 4 cm dari aku. Kakinya saiz 9 berbanding aku yang bersaiz 8. Cuma dia ni bercita-cita menceburkan diri dalam bidang kepolisan. Dia sekarang da lulus ujian polis dan beberapa bulan lagi akan menjalani latihan di akademi polis.
Apa yang aku pelik, adik aku ni tak suka menjaga penampilan untuk kelihatan up to date malah songkok melayu sentiasa menjadi penutup kepalanya, walau demikian, kalau nak tahu, adik aku ni sangat top dan menjadi kegilaan ramai perempuan2 kat kampung aku... kadang2 kalau sms yang dikirim oleh peminat2 perempuannya macam mengiyakan perumpamaan seperti perigi mencari timba. ahaha...
Walaupun, kami banyak perbezaan, namun kami tetap mempunyai persamaan. Aku seorang yang degil, dia pun sama. Aku seorang yang berani bersuara, dia pun sama.
Walaupun aku da tak patut cakap macam ni memandangkan kami sudah dewasa, namun apa yang aku ingin katakan, "Aku sayang adikku, mohd John!"
(Mohd John: 2 dari kanan)
Next post pula, aku akan menulis pula tentang adik aku yang agak aktif tetapi fasih berbahasa inggeris ni... Namanya Mohd Azlan
Labels: Memori
Posted by ALI XY at 02:50 2 comments Links to this post
Subscribe to:
Posts (Atom)




